Blogs

custom made kitchen cabinet malaysia

5 Jenis Almari Baju Yang Terbaik Di Malaysia

Pernah tak singgah ke kediaman saudara-mara atau sahabat handai di Johor? Jika ya, mesti anda pernah dengar akan ungkapan sebegini: “Tolong ambil kain dekat dalam gerobok kejap!” Mungkin anda akan tertanya-tanya, “Eh.. gerobok? Apa benda alah pula itu?” Ha.. kalau nak tahu, itulah salah satu istilah dalam dialek negeri itu yang membawa maksud ‘almari’.

Apa-apa pun, tak kisahlah apa pun perkataan yang anda gunakan, almari sememangnya merupakan suatu keperluan bagi setiap kediaman, terutamanya di bilik tidur. Tanpanya, segala macam pakaian dan aksesori yang kita miliki tidak dapat disimpan dengan teratur, dan kediaman kita akan kelihatan seperti tongkang pecah.

Sekarang, terdapat berbagai-bagai rupa dan bentuk almari di pasaran baik di dalam mahu pun di luar negara. Ayuh, mari kita tinjau sejenak lima jenis almari baju yang semakin menarik tumpuan warga Malaysia ketika ini.


  1. Almari berpintu ayun
    Sejak sekian lama, almari seperti ini sentiasa menjadi pilihan ramai. Kebiasaannya, ia mengandungi beberapa petak penyimpanan, ruang menggantung pakaian, dan laci. Lazimnya juga, anda boleh menggunakan bahagian dalam pintu sebagai cermin atau ruang menggantung barangan ringan seperti tali leher. Dari segi penyelenggaraan, hanya engsel pintu yang perlu diberi perhatian. Sekiranya terdapat masalah, anda cuma perlu menggantikannya dengan yang baharu kerana ia lebih mudah dan murah. Untuk menjadikannya tahan lama, hanya lapkan engsel dengan air suam dan bahan pencuci biasa seminggu sekali.

  1. Almari berpintu gelangsar
    Sebagai salah satu trend terkini dalam dunia perabot, almari sebegini amat digemari oleh mereka yang agak sempit bilik tidurnya. Hal ini adalah kerana ia tidak memerlukan ruang tambahan di hadapannya untuk dibuka. Selain daripada gaya yang moden, panel pintunya juga boleh ditukarkan menjadi cermin untuk mengoptimumkan suasana. Jangka hayatnya pula boleh dipanjangkan jika anda sentiasa membersihkan kotoran daripada rel pintu menggunakan pembersih hampagas. Selain daripada itu, menitiskan pelincir ke roda pintu boleh mengelakkannya daripada tersekat.
  2. Almari pasang tanggal
    Jika anda sering berpindah-randah, almari jenis ini pasti menggamit pandangan. Sesuai dengan namanya, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja disebabkan bahan asasnya yang ringan serta reka bentuknya yang mudah dicantum dan dipisahkan dalam masa yang singkat. Sama ada dalam bentuk kubus atau pun berlipat, ia sudah pasti menjanjikan penjimatan kos yang menakjubkan kerana anda sudah tiada lagi keperluan untuk membeli perabot baharu setiap kali bertukar tempat tinggal.
  3. Almari terbuka
    Berbeza dengan perabot lain, almari sebegini tidak mempunyai sebarang pintu untuk menyembunyikan barangan peribadi anda. Ia hanya berperanan selaku tempat meletakkan pakaian, membolehkan segala isi kandungannya dilihat dan dicapai serta-merta. Tidak seperti ruang tertutup, kulapuk akan lebih sukar untuk tumbuh dan membiak di dalamnya kerana pengudaraan yang bersifat lebih menyeluruh. Namun, adalah penting untuk anda mengelakkan habuk dengan mengelap bahagian dalam almari sekerap yang mungkin. Anda juga boleh menutup pakaian yang jarang digunakan menggunakan sarung untuk tujuan serupa.
  4. Bilik pakaian
    Jika anda mempunyai ruang yang amat banyak, apa kata tukarkan sahaja almari busana kepada sebuah bilik? Ha.. menarik, bukan? Dah macam golongan berada atau selebriti ternama pula gayanya itu! Melalui pilihan seperti ini, anda akan dapat mengasingkan bukan sahaja pakaian malah pelbagai aksesori tanpa sebarang masalah. Jumlah laci, ruang menggantung pakaian, dan petak penyimpanan adalah bergantung sepenuhnya kepada kehendak anda. Tidak cukup dengan itu, saiz dan rekaannya boleh turut disesuaikan mengikut pilihan tersendiri.

Tanpa mengira walau apa jua jenis almari baju yang diingini, harapnya bingkisan ini dapatlah membantu anda di luar sana untuk mendapatkan perabot yang bersesuaian dengan cita rasa masing-masing. Usah khuatir kalau apa yang anda angankan tidak dinyatakan di sini; pasti akan ada mereka yang pakar tentang perkara sebegini untuk membantu kelak.

Jadi, jika dah rasa minda terbuka luas selepas membaca panduan ini, maka anda adalah amat digalakkan untuk menghubungi Intech Kitchen kerana kami akan berusaha memenuhi permintaan anda. Perabot berkualiti dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami!

0/5 (0 Reviews)