cabinet manufacturer malaysia

Kabinet Dapur Istimewa buat Anda Di Malaysia

Sebut sahaja tentang industri kabinet dapur di Malaysia, sudah pasti nama InTech Kitchen antara yang selayaknya bermain di fikiran anda. Memegang gelaran selaku penyedia kabinet dapur di Selangor terulung mutakhir ini, kami bertekad untuk membantu para pelanggan menghasilkan suasana dan gaya hidup serba ideal dengan mengutamakan kualiti dan kepelbagaian dalam pilihan produk yang diyakini berpatutan serta bersifat mampu milik. Daripada ciri-ciri klasik sehinggalah moden kontemporari, terdapat banyak rekaan yang boleh anda pertimbangkan. Mungkin anda berminat dengan kabinet kami yang berasaskan melamin atau nyatoh, namun anda berasa sedikit ragu-ragu dengan jangka hayatnya. Ha, usah khuatir! Ini adalah kerana kami turut menyediakan perkhidmatan pasca-pembelian agar kabinet anda tahan lebih lama daripada biasa melalui penyelenggaraan secara berkala. Kunjungi sahaja bilik pameran kami di Semenyih atau hubungi kami di +603 8724 3528 untuk maklumat lanjut.

cabinet manufacturer malaysia

Cipta Kabinet Dapur Yang Tersendiri

InTech Kitchen selaku peneraju kabinet dapur di Malaysia semestinya lebih daripada bersedia untuk memenuhi permintaan anda. Dengan kepakaran yang dimiliki warga kerja kami, segala macam reka bentuk yang menepati selera anda akan kami realisasikan. Setiap ukuran terperinci akan diberi perhatian agar kami dapat membina kabinet yang bukan sahaja kelihatan anggun malah berfungsi dengan baik demi keselesaan anda. Bimbang dengan perbelanjaan tambahan? Jangan risau kerana kami menawarkan perundingan, sebut harga, serta reka bentuk permulaan secara percuma! Maka, anda bebas untuk menggerakkan imaginasi dan membayangkan kabinet idaman anda kerana bagi kami tiada rekaan yang terlalu sukar untuk dilaksanakan. Selain daripada itu, jika anda berkenan dengan kabinet jenis pasang siap, kami boleh membawakan stok terus dari kilang dalam masa yang singkat.

Pemasangan Kabinet Dapur Terbina Dalam

Sebagai salah satu pembekal utama kabinet dapur di Selangor, kami di InTech Kitchen sentiasa berusaha untuk menggabungkan inovasi pembuatan terkini dengan kaedah pertukangan tradisional agar setiap produk yang dibuat menepati piawaian semasa selain menonjolkan identiti tersendiri. Sekiranya cabinet dapur terbina dalam adalah impian anda, kami akan memastikan hanya bahan asas yang berkualiti tinggi digunakan dari peringkat permulaan pembinaan hingga sentuhan terakhir. Tidak cukup dengan itu, kami sedia memberikan waranti sehingga 60 bulan untuk setiap perabot yang dibina oleh kami atau yang ditempah khas (tertakluk kepada terma dan syarat) agar anda tidak perlu gusar jika berlaku sebarang kerosakan.

cabinet design malaysia
0/5 (0 Reviews)